PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, April 01, 2008

KONSEP TABARRUJ MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN WANITA

Assalamualaikum.
Sekadar berkongsi, dalam erti kata akan terus mengingatkan diri untuk mengkoreksi diri, untuk tidak menjadi orang yang tahu tetapi buat-buat tak tahu, tidak mahu ambil tahu, tidak berusaha untuk menjadi tahu, kerana Islam itu syumul dan tidak akan menyusahkan ummat kecuali manusia itu sendiri yang memilih untuk menyusahkan diri di akhirat kerana ingin bersenang-senang di dunia dan beranggapan aku punya masa untuk bertaubat. Benar, Allah akan menerima taubat manusia selagi mana belum terbitnya matahari daripada barat, tetapi benarkah umur kita akan sampai ke hari tersebut? Atau kita yang terdahulu dipanggil pulang. 
Ingatlah wahai diri, SERINGAN-RINGAN siksaan ialah dipakaikan terompah yang dibuat daripada NERAKA, sehingga mengelegak otak! Tertanggung kah??
Astaghfirullah, mohon ampun pada Allah kerana mungkin ada yang tersinggung dengan perkataan ini, kerana memang payah menyatakan dan menerima yang benar, kerana selalunya yang benar itu seringkali bersalahan dengan keinginan nafsu. Jangan putus asa wahai diri, Allah masih menyayangimu, dan kerana itu Dia mengizinkan email ini dibaca olehmu. Dan semoga Allah campakkan hidayah ke dalam hati kita untuk kita sama-sama membetulkan diri, dan istiqamah, insyaAllah.

KONSEP TABARRUJ MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN WANITA
 

BUSHRAH BINTI BASIRON

MOHD. ISMAIL BIN MUSTARI

KAMARUL AZMI BIN JASMI

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia

 
SHARIFAH NORLAILI BIN SHIKH SUDIN 

ABSTRAK
 
Wanita dilahirkan dengan fitrah yang menyukai keindahan dan kecantikan. Kecenderungan wanita untuk berhias dan sentiasa dipandang cantik serta menarik menuntut mereka memahami dan menghayati batas-batas keharusan dan larangan bertabarruj dalam Islam. Sesuai dengan era modenisasi kini, cabaran terhadap wanita makin ketara dengan kemajuan dunia fesyen, kosmetik,barangan kecantikan dan sebagainya yang sememangnya menjadi tarikan wanita. Kegagalan memahami konsep tabarruj yang sebenar menurut Islam mempunyai pelbagai implikasi negatif yang menjurus ke arah masalah dekadensi moral di kalangan masyarakat. Kertas kerja ini menfokuskan tentang konsep bertabarruj menurut perspektif Islam dan faktor-faktor yang mendorong wanita membudayakan konsep bertabarruj yang dicela dan bertentangan dengan kehendak agama Islam. Tanpa memahami dan menghayatinya, kita tidak mampu merealisasikan impian untuk melahirkan wanita-wanita mukminah yang solehah sebagai benteng mendepani cabaran arus kemodenan di akhir zaman.
PENDAHULUAN 

Secara fitrahnya, wanita begitu sinonim dengan kecantikan kerana menggemari dan ingin memiliki segala yang cantik, unik, indah dan menarik. Indah dan menarik adalah berbeza mengikut pandangan individu. Yang pasti, ramai yang sanggup menghabiskan banyak masa dan wang ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik atau ingin memiliki sesuatu yang menarik. Dalam zaman moden ini, ramai yang cenderung untuk memilih dan menggunakan teknik-teknik terkini bagi menampung keperluan hidup yang baru. Perkembangan zaman menyebabkan pengaruh kemodenan meresap sedikit demi sedikit ke dalam pelbagai aspek kehidupan mencakupi cara berpakaian khususnya dari aspek keindahan, kehalusan, perhiasan, ketinggian mutu dan corak zahiriahnya.[1] Terdapat pelbagai jenis gaya dan bentuk pakaian serta perhiasan yang diperkenalkan dipasaran sekarang sama ada dari dalam atau luar negara. Ramai di kalangan remaja dan wanita hanyut dibuai arus fesyen kontemporari. Dalam keghairahan mereka membentuk imej tersendiri yang diminati, ramai yang terlupa tentang batasan yang harus dipatuhi oleh setiap wanita muslimah.
 
DEFINISI KONSEP TABARRUJ
Menurut Kamus Dewan, Konsep bermaksud pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu, gagasan dan gagasan idea.[2] Tabarruj pula dari segi bahasa berasal dari perkataan Baraja-yabruju-barjan yang menghasilkan tiga pengertian; pertama: Bintang. Kedua: Istana, menara dan benteng yang tinggi.[3] Ketiga: Nampak dan tinggi. Dari segi istilah pula, tabarruj bermaksud perbuatan seseorang yang sengaja memperlihatkan sesuatu yang tersembunyi yang dikhususkan kepada pendedahan aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram.
 
KONSEP TABARRUJ MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
 Secara umumnya, Allah Taala mengharuskan perhiasan dan tidak melarang manusia berhias dan menjaga kecantikan. Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menganjurkan agar wanita memakai pakaian yang indah, berhias dengan kemas dan memakai wangi-wangian yang sesuai. Walau bagaimana pun, keharusan ini tertakluk kepada batasan-batasan dan larangan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap wanita.
                Memakai dan menampakkan perhiasan dibolehkan dalam Islam tetapi dihadkan kepada perhiasan yang zahir sahaja serta perhiasan untuk suami. Perhiasan yang menghias tangan boleh dipakai selagi mana biasa dipakai oleh orang ramai. Alat solek untuk kegunaan wajah juga dibolehkan dengan syarat tertentu seperti untuk tatapan suami dan mesti dibersihkan dengan sebaiknya ketika berwudhuk. Ini kerana terdapat sesetengah alat solek yang menegah air sampai kepada anggota yang difardhukan membasuhnya ketika berwudhuk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perhiasan zahir iaitu muka dan celak kening, inai tapak tangan juga memakai perhiasan-perhiasan harus diperlihatkan di dalam rumahnya dan mereka yang datang ke rumahnya”.
                Wanita Islam juga diharuskan memakai emas dan sutera kerana menjaga perasaan kaum wanita dan juga tuntutan kewanitaannya. Ini bersesuaian dengan fitrah wanita yang mempunyai kecenderungan menghias diri. Walau bagaimana pun, kecenderungan tersebut mestilah dipastikan tidak sampai ke tahap menunjuk-nunjuk, bermewah-mewah dan menggoda lelaki.[4] Keharusan wanita memakai pakaian sutera dan emas dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:[5]
“ Diharamkan pakaian sutera dan emas bagi kaum lelaki dari kaumku dan dihalalkan bagi golongan wanita antara mereka”.
                Selain itu, para ulama’ juga berpendapat bahawa orang-orang tua yang rambut dan janggutnya telah beruban putih diharuskan mewarnakan rambutnya tetapi bukan dengan warna hitam kerana warna ini hanya sesuai untuk orang muda. Diriwayatkan dalam satu peristiwa , Abu Bakar r.a. telah membawa bapanya Abu Quhafah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Pada ketika itu, rambut bapanya dipenuhi uban kerana terlalu tua dan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “ Ubahlah ini yakni uban-uban ini dan janganlah dengan warna hitam”.
 
LARANGAN TABARRUJ DALAM ISLAM 

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah mengangkat martabat wanita dan mengubah corak, bentuk kehidupan dan nilai wanita melebihi wanita dari agama-agama lain. Oleh itu, bentuk, gaya dan corak pakaian turut dibezakan kerana bentuk zahir melambangkan apa yang ada di dalam hati dan jiwa mereka. Antara perkara yang amat ditekankan ialah wanita mukminah tidak boleh menyerupai wanita jahiliyyah dari aspek bentuk pakaian, perhiasan dan gaya wanita jahiliyyah atau yang disebut di dalam al-Quran sebagai “Tabarruj Jahiliyyah”. Larangan Allah berkaitan tabarruj bertujuan untuk menjaga tubuh badan wanita dari kejahatan dan menanamkan sifat malu dalam diri wanita di samping menghindarkan lelaki tertipu dengan kecantikan wanita yang bertabarruj. Firman Allah yang bermaksud:[6]
“Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkahlaku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari kamu, ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.
                Menurut al-Qurtubi, maksud ayat “hendaklah kamu tetap tinggal di dalam rumah” tidak hanya ditujukan kepada isteri Nabi s.a.w. sahaja tetapi untuk semua wanita Islam. Manakala maksud ayat“janganlah kamu berhias sepertimana wanita-wanita jahiliyyah” ialah tidak keluar rumah dengan berhias dan berpakaian seperti wanita-wanita jahiliyyah atau seperti wanita yang tidak memiliki ilmu dan didikan agama Islam.
                Secara umumnya, Islam menghalang budaya tabarruj seperti yang disebut di dalam al-Quran, hadis dan ijma’ ulama’. Ini kerana terdapat banyak kesan negatif dan gejala sosial yang akan timbul dalam masyarakat apabila wanita mengagungkan budaya ini. Bagaimana pun, ini tidak bererti Islam melarang wanita berhias secara mutlak kerana Islam sendiri merupakan agama yang menekankan kebersihan dan kecantikan zahir dan batin. Oleh itu, wanita yang ingin berhias perlulah menyesuaikannya dengan tempat dan keadaan seperti berhias untuk suami yang berada dalam ruang lingkup ibadah dalam Islam.
 
BENTUK-BENTUK TABARRUJ YANG DILARANG
 
Terdapat pelbagai bentuk tabarruj yang dilarang dalam Islam mencakupi tabarruj jahiliyyah dan tabarruj zaman moden, antaranya ialah:
 
Membuat Tatoo
 
Tatoo ialah membuat tanda pada muka, tangan dan badan manusia. Tatoo biasanya dilukis menggunakan warna biru dalam bentuk ukiran atau gambar tertentu. Perbuatan sedemikian adalah dilaknat oleh Allah SWT.. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:[7]
“Rasulullah s.a.w. telah melaknati orang yang membuat tattoo dan yang meminta dibuat tattoo dan yang mengasah gigi dan yang meminta diasah gigi”
                Menurut Yusof al-Qaradhawi, sebahagian orang Arab khususnya kaum wanita membuat tattoo pada sebahagian besar badan mereka. Begitu juga dengan sebahagian ahli sesuatu kepercayaan atau agama yang meminta dibuat tattoo pada badan mereka berkaitan sembahan dan upacara-upacaranya. Sebagai contoh, kaum Nasrani membuat tattoo berupa lambang salib di tangan dan dada mereka.[8]
 
Mengasah dan Menjarangkan Gigi
 
Perbuatan mengasah gigi yang bertujuan untuk menajamkannya dan memendekkannya adalah dilaknat sama ada terhadap wanita yang melakukan perbuatan tersebut (wasyirah) dan juga wanita yang meminta dilakukan perbuatan itu untuknya (mustausyirah). Begitu juga dengan lelaki yang melakukan perbuatan tersebut. Umumnya, perbuatan mengasah gigi semata mata untuk tujuan kecantikan adalah haram kecuali ia dibuat kerana satu keperluan untuk menghilangkan penyakit atau bahaya[9]
 
Berjalan Berlenggang-lenggok dan menghentakkan kaki
 
Perbuatan berjalan dengan penuh gaya dan berlenggang-lenggok di khalayak ramai dengan tujuan untuk menarik perhatian orang adalah termasuk dalam tabarruj yang dilarang. Menurut Qatadah, wanita jahiliyyah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara yang digunakan ialah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil bermain dengan rantai dileher, subang serta perhiasan lain dengan aksi yang menggoda.[10] Allah Taala berfirman yang bermaksud:[11]
“Dan janganlah mereka memukul yakni menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang disembunyikan”
                Menurut ajaran Islam, wanita Islam mestilah berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan, tegas dan mengelak diri dari menunjukkan wajah seperti seorang penggoda.
 
Memakai Minyak Wangi
 
Memakai minyak wangi adalah dilarang bagi wanita Islam kerana boleh mendatangkan fitnah dan pelbagai implikasi negatif. Haruman yang dipakai oleh wanita boleh membuatkan lelaki tergoda dan membangkitkan syahwat mereka. Islam melarang penggunaan wangian di khalayak ramai kerana boleh menarik perhatian sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:[12]  “Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian dia keluar dari rumahnya dan melalui sekumpulan orang dan mereka mencium baunya, maka dia adalah umpama seorang penzina”.
 
Mendedahkan Aurat dan Perhiasan
 
Wanita Islam diharamkan memakai pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badan atau nipis yang menampakkan apa yang ada disebalik pakaian tersebut. Begitu juga dengan pakaian yang mendedahkan sebahagian badan khususnya bahagian-bahagian sulit seperti dada, punggung dan sebagainya kerana boleh menimbulkan fitnah apabila dilihat oleh lelaki.[13] Terdapat hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermamksud:
 
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka iaitu satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya yakni penguasa yang kejam, dan wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel yang menarik orang melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat, kepalanay meninggi lonjong seperti bonggol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, dan tidak dapat mencium bau syurga padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian…”
 
                Terdapat ulama’ yang menafsirkan hadis ini dengan wanita yang memakai baju nipis atau jarang sehingga terlihat kulit badannya atau wanita yang memakai pakaian yang sempit dan ketat sehingga memperlihatkan bentuk badannya.
 
Fesyen Moden dan Terkini
 
Kebanyakan fesyen yang digemari oleh wanita zaman ini ialah fesyen-fesyen yang dipengaruhi atau ditiru dari barat. Dalam keghairahan mereka membentuk imej tersendiri yang kontemporari dan ranggi, ramai yang terlupa tentang batasan seorang wanita muslimah. Fesyen terkini yang diperkenalkan kebanyakannya terlalu ketat malahan ada yang terlalu singkat, kelihatan seperti membungkus, nipis dan mendedahkan sebahagian besar tubuh badan. Bagaimana pun, mereka yang memilih pakaian begini beralasan bahawa ianya selesa dan memudahkan pergerakan sebagai wanita moden. Terdapat juga wanita yang menggemari fesyen-fesyen yang terlalu menyerlah sama ada dari segi bentuk, warna dan hiasan. Sebagai contoh, ada yang suka menghias pakaian mereka dengan manik-manik yang bersinar dan labuci yang berwarna-warni.
                Masih ramai juga yang enggan bertudung atau hanya menutup kepala dengan kain tudung yang kecil yang menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Perbuatan seperti ini dianggap mempersendakan hukum Allah Taala. Begitu juga dengan fesyen selendang dan tudung kepala yang mendedahkan leher dan bahagian dada atau memperlihatkan bentuk tubuh. Selain itu, terdapat juga wanita yang mengamalkan pemakaian yang tidak bertepatan dengan tuntutan menutup aurat dalam Islam. Sebagai contohnya, senario hari ini memperlihatkan golongan yang bertudung kepala tetapi pada masa yang sama memakai skirt berbelah paras betis. Ada juga yang menyesuaikan tudung kepala dengan T-Shirt lengan pendek, seluar jeans dan baju yang ketat dan pelbagai jenis fesyen lagi yang tidak mencerminkan ciri-ciri pakaian sebagai seorang muslimah. [14]
                Selain itu, terdapat juga wanita yang berpakaian menutup aurat atau bertudung pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti di sekolah atau di tempat kerja. Ini berlaku kerana mereka hanya melakukan demikian kerana menurut peraturan yang ditetapkan oleh majikan atau pihak-pihak tertentu dan bukan melakukannya atas kehendak sendiri atau dengan keihklasan kerana Allah SWT.Sebaliknya mereka melakukannya kerana terpaksa atau ikutan semata-mata.
               
Pemakaian Alat Solek
 
Kebanyakan wanita gemar bersolek sama ada bertujuan untuk mendapatkan keyakinan pada diri sendiri atau untuk menambahkan kecantikan yang sedia ada. Di dalam kitab al-Wa’yu Islami disebutkan bahawa perhiasan atau alat kecantikan adalah harus digunakan dengan syarat tidak berunsur penipuan bagi wanita yang belum bersuami, tidak juga bertujuan memperlihatkan kecantikan kepada lelaki ajnabi serta berlebih-lebihan dalam pemakaian alat solek tersebut. Bagi wanita yang telah bersuami, jika suami menghendakinya bersolek untuk dirinya, hukumnya adalah wajib dan begitulah sebaliknya.[15]
 
Bertindik
 
Budaya bertindik pada asalnya merupakan amalan penganut agama Hindu. Namun budaya ini kian menular di kalangan remaja di Malaysia dengan cara bertindik pada hidung, telinga, pusat, lidah, bahagian atas kening, dagu, bahagian bawah bibir dan sebagainya. Perlakuan seperti ini jelas menyalahi ajaran agama kerana berlebih-lebihan dan dicela seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:[16] “Binasalah orang yang berlebih-lebihan”. Baginda mengucapkannya sehingga tiga kali.
 
Mewarnakan Rambut
 
Terdapat ramai di kalangan wanita yang terpengaruh dengan gaya orang barat dan gemar mewarnakan rambut walaupun tiada sebarang alasan kukuh untuk berbuat demikian selain untuk kecantikan semata-mata. Dalam hal ini, Islam secara jelas melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Malahan meniru budaya asing secara membuta tuli tanpa memikirkan implikasinya merupakan amalan yang salah dan bukti pengagungan mereka terhadap bangsa yang dicontohi. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia dengan kumpulan mereka”.
                Umumnya, mewarnakan rambut dengan inai atau bahan yang halal tidak dilarang dalam Islam kecuali jika bahan berkenaan menghalang air sampai kepada rambut. Jika warna yang digunakan boleh menimbulkan keaiban seperti mewarnakannya dengan warna merah, kuning, jingga, biru dan sebagainya, penggunaannya adalah menyimpang jauh dari maksud sebenar keharusan mewarna rambut dalam Islam.
 
FAKTOR-FAKTOR DAN PENYELESAIANNYA
 
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kecenderungan wanita berhias dan bersolek berlebih-lebihan sehingga ada yang sampai ke tahap yang lebih teruk dari zaman jahiliyyah. Di sini dinyatakan faktor-faktor tersebut dan penyelesaiannya:
 
Keimanan Yang Semakin Terhakis
 
Kita tidak dapat menafikan bahawa kelemahan iman terhadap Allah dan RasulNya serta kegagalan memahami ajaran Islam yang sebenar menjadikan wanita menyimpang dari konsep berhias dan bertabarruj yang dibenarkan dalam Islam. Mereka juga ternyata gagal melawan emosi, keinginan dan naluri yang terlalu mendambakan keindahan dan kecantikan di luar kewajaran. Sebagai contohnya, keinginan atau kecenderungan berhias habis-habisan ketika ingin keluar rumah atau pergi bekerja sedangkan konsep sebenar yang perlu dipraktikkan ialah bersolek dan berhias ketika di rumah khususnya untuk suami seorang. Jika iman seseorang individu lemah, dia akan melihat sesuatu yang buruk sebagai baik dan sesuatu yang baik sebagai buruk. Selain itu, segala yang mungkar baginya adalah ma’ruf dan begitulah sebaliknya.[17] Allah SWT. berfirman yang bermaksud:[18]
 
“ Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi wanita yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.
 
Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan kembali mendalami hukum-hakam agama secara teori dan mengamalkannya secara praktikal. Wanita seharusnya bersikap terbuka menerima peraturan dan batasan yang ditetapkan dalam agama walaupun ternyata bertentangan dengan keinginan hati nurani. Ini kerana setiap yang ditentukan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri terutama berobjektifkan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Pemahaman tentang aspek kerohanian dan keimanan amat penting kerana ia menjadi tunggak pengetahuan dan kepercayaan seseorang Muslim. Al-Quran telah menerangkan tentang kepentingan iman yang yang merupakan unsur kekuatan yang utama dalam jiwa setiap mukmin.
                Wanita juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kerohanian ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hanya iman yang benar, teguh dan bertapak teguh di hati akan memberi kesan kepada perbuatan dan pergerakan anggota badan. Hati yang disinari iman akan sentiasa gemar melakukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Di sinilah akan timbul keyakinan bahawa segala yang telah ditetapkan atau diperintahkan oleh Allah adalah wajib ditaati serta keinsafan bahawa di sebalik larangan Allah SWT. pasti tersirat hikmat untuk sekalian hambaNya.
 
Didikan dan Asuhan
 
Didikan dan asuhan yang diterima oleh individu sememangnya memberi kesan yang mendalam ke arah menentukan sikap, persepsi dan halatuju kehidupan wanita. Jika telah biasa diasuh dari kecil supaya berpakaian sopan, pastinya apabila dewasa, remaja dan wanita tidak cenderung memakai pakaian yang mendedahkan aurat. Begitu juga jika tidak diberi pendedahan awal dan penekanan tentang pentingnya memelihara batas-batas dalam berhias dan bergaul, pastinya ramai yang terlibat dalam amalan yang mendatangkan dosa dan kemaksiatan. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:
“Dosa yang paling besar akan menimpa ibu bapa di akhirat nanti ialah dosa membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama”.
                Penyelesaian bagi masalah ini ialah ibu bapa mestilah memainkan peranan mereka sebagai pendidik utama bagi anak-anak. Mereka bertanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan dapat memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat. Mereka tidak terlepas dari tanggungjawab keagamaan ini walaupun telah memberi pendidikan atau pelajaran akademik hingga ke peringkat tertinggi atau Ph.D kepada anak-anak.[19]
                Dengan memberikan didikan agama yang cukup di rumah dan di sekolah, pengajaran al-Quran dan adab sopan dalam Islam, anak-anak atau wanita khususnya mendapat satu bekalan dan kekuatan asas untuk menghadapi cabaran hidup terutamanya berkaitan gejala-gejala yang meruntuhkan akhlak dan moral pelakunya.
 
Pengaruh Teman dan Rakan
 
Teman rapat dan rakan-rakan juga mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam kehidupan seseorang. Apabila teman rapat gemar berhias dan asyik bercerita soal kecantikan, pastinya sedikit sebanyak wanita akan terpengaruh apatah lagi dengam kemunculan limpahan jenama kosmetik dan fesyen pakaian di pasaran. Tanpa kecekalan hati, pasti ramai wanita yang terikut dengan keinginan untuk mencuba kerana kecantikan begitu sinonim dengan diri seseorang wanita. Kesilapan memilih kawan hanya akan memberikan implikasi negatif dan menyebabkan seseorang wanita terperangkan dalam dosa yang berpanjangan.
                Penyelesaiannya, setiap wanita mestilah membina prinsip dan ketahanan diri yang tinggi dalam pergaulan seharian. Tujuan mereka bergaul dengan rakan-rakan hendaklah terarah untuk mengajak melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Jika ada yang cuba mempengaruhi ke arah mengamalkan sesuatu yang terlarang seperti berpakaian tidak menutup aurat, berhias dan mengenakan fesyen yang menjolok mata, setiap wanita berperanan membetulkan sikap dan minda rakan-rakan yang diresapi keseronokan yang palsu dan sementara. Dalam hal ini, perkara yang paling utama ialah memastikan mereka sentiasa berhati-hati memilih kawan yang selayaknya dijadikan teman.
 
Pengaruh Media
 
Media dan alat komunikasi sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat terutamanya bagi golongan yang tidak mempunyai pegangan hidup yang kuat dan stabil. Penggunaannya meliputi urusan untuk melaporkan berita, menyampaikan maklumat, menghebahkan dan memperluaskan propaganda, mendidik, menghibur serta mengubah masyarakat.[20]
                                    Media cetak dan elektronik merupakan medan perjuangan yang sangat menguntungkan musuh-musuh akidah, syariah dan akhlak umat Islam. Pelbagai budaya yang merosakkan ditonjolkan dengan meluas beserta hiburan-hiburan murahan dan bertonggakkan hawa nafsu yang dilengkapi dengan trend yang dianggap up to date menjadi agenda utama penyiaran terutama di barat.Golongan masyarakat termasuk wanita mendapat pendedahan yang negatif melalui penyiaran program-program yang membelakangkan persoalan moral dan etika. Paling terkini, terdapat ramai artis dan selebriti yang mendedahkan rahsia kecantikan masing-masing dengan penggunakan pelbagai kaedah moden di akhbar, majalah dan televisyen. Selain pembedahan plastik, penggunaan Botox dan suntikan vitamin C mengukuhkan dakwaan mereka bahawa penuaan boleh dihalang atau dikurangkan. Dengan status sebagai public figure pasti ramai wanita yang terpukau dan terpedaya dengan keghairahan untuk menjadi lebih cantik daripada biasa. Apa yang membimbangkan ialah wujudnya sikap dan kecenderungan untuk mengubah kejadian Tuhan semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan. Umumnya, agama Islam memang menggalakkan umatnya memelihara kecantikan dan kebersihan tetapi tidaklah sampai ke tahap tidak bersyukur dan berusaha mengubah kejadian Tuhan yang juga memperlihatkan sikap tidak redha dengan ketetapan dan ketentuanNya.
                Penyelesaian untuk masalah ini berkaitrapat dengan kesedaran dan keinsafan semua golongan masyarakat termasuk pihak yang menguasai media agar tidak mempamirkan atau mengetengahkan elemen-elemen negatif demi mengelakkan berlakunya keruntuhan moral dalam masyarakat. Wanita khususnya mestilah berusaha menjauhi unsur-unsur yang boleh merosakkan diri dan masyarakat. Keghairahan memiliki kecantikan yang keterlaluan adalah simbol kejahilan wanita memahami hukum-hakam agama dan bukanlah lambang kehebatan mereka kerana bersikap terbuka mengikuti perkembangan zaman.
 
KESIMPULAN
 
Keindahan dan kesempurnaan agama Islam terserlah melalui segala peraturan, batasan dan hukum- hakam yang disediakan untuk semua penganutnya. Bagi wanita muslimah, mereka perlu mengkaji, memahami dan menghayati konsep tabarruj yang dibenarkan dalam Islam sepertimana mereka perlu berusaha menghindari amalan tabarruj dalam perkara-perkara yang dilarang agama. Walaupun terdapat usaha dari pihak tertentu untuk memberi kesedaran tentang bahayanya mengamalkan tabarruj yang dilarang, namun kesedaran dan keinsafan yang sebenar hanya diperolehi oleh seseorang wanita jika dia sendiri berjaya mengawal dan mengekang nafsu dan naluri kewanitaannya untuk berhias di luar batasanKeredhaan Illahi yang menjadi matlamat kita tidak ternilai jika dibandingkan dengan pengorbanan yang sedikit ketika menghadapi ujian dan cabaran duniawi khususnya berkaitan konsep tabarruj dalam kehidupan di akhir zaman.
 
[1] Abul A’la Maududi, Sikap Islam Terhadap Pakaian, hal. 6
[2] Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, hlm. 702
[3] Ni’mah Rashid Ridha, Tabarruj, hlm. 20
[4] Yusuf al-Qaradhawi, Halal dan Haram Dalam Islam, 136
[5] Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad
[6] Surah al-Ahzab: ayat 33
[7] Hadis riwayat Muslim
[8] Yusof al-Qaradhawi, Halal dan Haram Dalam Islam, hlm. 142
[9] Ibid., hlm. 143
[10] Rosnani Hassan, Majalah Muslimah, hlm. 37
[11] Surah al-Nur: ayat 31
[12] Hadis riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud
[13] Yusof al-Qaradhawi, op.cit., 137
[14] Masyitah Mokhtar, Wanita: Masalah dan Penyelesaian, hlm. 27
[15] Jaafar Salleh, Wanita Pembina Generasi Baru (Siri 1), hlm. 186
[16] Hadis riwayat Muslim
[17] Abdullah bin Jarullah, Hak dan Kewajipan Wanita Islam, 95
[18] Surah al-Ahzab, ayat 35
[19] Md. Hashim bin Haji Yahaya, Tanggungjawab Ibu bapa dan Anak-anak Menurut Islam, 33
[20] Mohd. Kamal Hassan, Media Massa Sebagai Pendorong Kesedaran Ummah, hlm. 8
 

BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Jarullah, 1996, Hak dan Kewajipan Wanita Islam, Kuala Lumpur , Dewan Pustaka Fajar
Abu al-A’la Maududi, (t.t.), Sikap Islam Terhadap Pakaian, Kuala Lumpur , Penerbitan Mizan
Al-Quran: Tafsir Pimpinan al-Rahman, 1995, Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri
Jaafar Salleh, 1995, Wanita Pembina Generasi Baru (Siri 1), Kuala Lumpur , Melindo Publications
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan Pustaka
Masyitah Mokhtar, 1989, Wanita: Masalah dan Penyelesaian, Kuala Lumpur , Karya Media Publisher
Md. Hashim bin Haji Yahaya, 1989, Tanggungjawab Ibu bapa dan anak Menurut Islam, Kuala Lumpur ,
 Dewan Pustaka Fajar
Mohd. Kamal Hassan, 1988, Media Massa Sebagai Pendorong Kesedaran Ummah, Majlis Dialog
 Program Penerapan Nilai-nilai Islam Universiti Islam Antarabangsa
Ni’mah Rasyid Ridha, 1991, Tabarruj, Kuala Lumpur, Pustaka al-Qautsar
Rosnani Hasan, Jun 2002, Majalah Muslimah, Kuala Lumpur, Syarikat al-Muslimah
Yusof Qardhawi, 1983, Halal dan Haram Dalam Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Islamiyyah PTE. LTD.


Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan. 
(63:11) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN